Saturday, March 12, 2011

u.s.r.a.h


Bismillahirrahmanirrahim.

Tadi saya selongkar kisah lama saya. Saya rindu tahun 2007. Betul-betul rindu. Tahun itu banyak mendewasakan saya. =)

Saya nak jawab lagi tag ini. Moga ada baiknya. Dan ada sebab kenapa say abuat. Rabbi yassir wa la tu'assir wa tammim bilkhayr. Ada 2 versi. Yang biru tu jawapan masa saya form 4, yang pink adalah saat ini saya menjawabnya. [^_^] Saya cuba jawab dengan tak meniru jawapan dulu! ;D

2008


[1] Berapa lama anda dah sertai usrah?

Sejak darjah 4 sampai sekarang (ting. 4). Sekolah rendah sampai sekarang.

[2] Bagaimana anda boleh sertai usrah?

Sebab jadi kewajiban atau kemestian di sekolah. Sebab itulah...

[3] Kenapa anda menyertai usrah?

. mesti ikut serta walau apa pun alasannya
. kemahuan hati dan diri
. dapat banyak ilmu, khususnya tentang Islam dan kehidupan
. boleh mengenal manusia
. dapat mengenal diri sendiri



[4] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah

. bahagia
. tak terkata
. nak dekat dengan Allah selalu, selamanya

[5] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah

. Islam ad-deen terbaik sebagai cara hidup
. syari'ah mendahului kehendak, walau apa pun keadaan
. muhasabah n' introspeksi diri selalu, Allah selamanya ADA
. ambil berat sesama ahli usrah (jaga rahsia, nasihat2, beri kepercayaan)
. saya seorang da'ie!


Peraturan Tag:

1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain


2011


[1] Berapa lama anda dah sertai usrah?

Saya ikut usrah sejak saya darjah 4. Tapi masa darjah 4 tak panggil usrah, tapi panggil mentor-mentee. Saya ingat lagi naqibah saya, sejak 2002 tu sampai lah yang sekarang:
2002: ustazah siti norlaila
2003: ustazah rahimah
2004: ustazah rohaida ridhwan
2005: kak raihana razali (my kande!)
2006: kak asma' amatullah hasanuddin (anak ust.hasanuddin yang ikut konvoi marmara tu)
2007: ustazah shahidah sheikh ahmad
2008: ustazah shahidah sheikh ahmad
2009: ustazah norma mohammad
2010: ustazah norma / kak salsabila / kak shuhada&kak fatimah
2011: kak salsabila / kak shuhada&kak fatimah

RINDU SANGAT! Jujur, saya sangat rindu usrah tingkata 1, 2, 3, 4, 5. Yang masa kat Hidayah dulu semuanya banyak membimbing saya. Now I really miss my Hidayah...

[2] Bagaimana anda boleh sertai usrah?

Kerana hati saya mahu sangat tahu apa itu usrah masa darjah 4 tu, dan memang wajib pun. Sampai sekolah menengah pun wajib. Tapi masa tahun 2010, lepas SPM, siapa nak, joinlah. Dan saya memilih utk meneruskannya. =)

[3] Kenapa anda menyertai usrah?

Saya nak bina fardu muslim yang terbaik dalam diri saya. Saya usaha dan moga Allah menilainya sebagai satu usaha yang murni, insya-Allah.


[4] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah

Sayang usrah, sebab Rasulullah dan para sahabat pun dulu berusrah.
Saya ada peningkatan dalam aspek tarbiyah dan dakwah, takbanyak, sikit pun jadi kan?
Syukur alhamdulillah, Allah pilih saya. Terharu lah.

[5] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah

Cinta, semangat, ruh, ilmu dan tau'iyah.


[6] Lima orang yang kena tag
Farah Farhanah, Izzati Rahim, Syafawani, Faris 'Audah, Para Du'at




--usrah it bosan! (???) hmm... when my soul and my heart tell their stories,
I dun know which to hear first--

0 comments:

Post a Comment