Wednesday, May 18, 2011

mati hanya sekali

Bismillahirrahmanirrahim

hmm, accident. kemalangan.

rasa mcm lately ni tengok cerita indon banyak sangat selitkan accident pada watak penting. =(

ok, mungkin orang ramai kata: alaa, klise lah macam ni... amende la, takde konflik lain ke? blablabla

tapi bila fikir balik...

dan tengok balik...

ramai je kan zaman ni orang mati sebab accident. dan takkan nak salahkan teknologi pulak kan? point to ponder

biar saya share. Hmm,  dalam cerita KETIKA CINTA BERTASBIH, ibu khairul azzam mati digilis lori (mungkin, sbb mereka bertembung lori dalam kemalangan itu). dalam filem DALAM MIHRAB CINTA, cikgu sylvi mati setelah kemalangan kereta merempuh pondok. Hmm. Lepas tu, dalam file PEREMPUAN BERKALUNG SORBAN, suami tercinta anissa mati setelah mati dilanggar lari kereta jeep.

memang itu cerita rekaan semata-mata tapi tak mustahil kan?

dan, sesungguhnya, orang yang pernah terlibat dalam accident tapi dia belum ditakdirkan mati, maka dia kena SANGAT-SANGAT-SANGAT bersyukur dan tajdid HAYAH dia.

Sebab apa? Mesti ada sebab kenapa Allah panjangkan umur kita kan?

Kan kan kan?

Sebab saya pun pernah terlibat dalam kemalangan.

Waktu tu saya masih tingkatan empat. Umur 15+ tahun. Entahlah pagi tu. Macam biasa saja.

Naik bas dengan 2 orang adik saya. Tapi memang ada perasan yang pagi tu pakcik bas bawa bas laju sedikit daripada biasa. Tapi oleh kerana belum ada apa-apa yang pelik, jadi saya buatlah rutin saya macam biasa: Membaca (ulangkaji apa yang patut.) Hari tu saya ingat lagi, di tangan saya ada buku sejarah dan nota2 dan yang paling penting al-QUR'AN.

Hari tu rasa mengantuk sangat jadi lepas beberapa minit baca buku sejarah, saya tutup buku dan cuba melelapkan mata.  Yup , saya cuba. Sebab lagu di radio sangat bising. Entah lagu apa entah masa tu. Bukan radio IKIM.fm la yang penting. OK, masa tu memang bas sedang turun pada jalan yg berbukit sedikit. Tapi masa tu rasa mcm laju sangat (tak lelap betul masa tu). Risau juga. Tapi cuba juga nak tidur.

Dan tiba2 satu bas tersentak. Macam terlompat, kemudian tergolek dan terbaring. Dalam masa beberapa kelip mata, bas sudah tersadai di kawasan berumput di tepi jalan utama. BERUMPUT, alhamdulillah, bukan gaung. dan bas tergolek. jadi dah tak tegak lah bas tu. Sebenarnya bas terlanggar penghadang jalan dan sebuah kereta storm (Tapi bahagian belakang kereta sahaja).

Yep, inilah bas itu.

Alhamdulillah selamat. Ya Allah. Rasa masa tu nak keluar dari bas cepat2. Sambil tu semua orang dengan muka panik, kepala bingung (sebab terhentak).... Termasuklah saya. Ya, masa dalam bas tu agak panik. Pintu bas tak boleh dibuka. pintu kecemasan pun. Jadi ada manusia yang baik hati memecahkan cermin depan bas. Semua keluar lalu situ.

Alhamdulillah semua selamat. Tak ada yang parah. Ramai yang terkoyak tisu dan otot, termasuk saya, tapi itu kecederaan ringan. Paling teruk, ada adik yang luka di muka akibat cermin. Hmm, paling tak boleh lupa, semua orang macam nak menangis dan memang ada yang menangis. Risau, adik2 sekolah rendah masa tu ramai.

Apa-apa pun, point penting, Allah selamatkan kami. Alhamdulillah.

Ada satu masa, saya terfikir, Allah boleh je nak buat bas kami tergolek atas jalan raya, lepas tu ada kereta lain langgar and whatsoever. Tapi Allah selamatkan kami. Alhamdulillah.

Dan, mesti ada sebab kan kenapa hayat kami dipanjangkan.

Mesti ada.

Hidup mesti betul-betul untuk Allah. Kena berikan yang terbaik untuk ummah, untuk semua.

Hidup ada sebab. There's no life without reason.


REASONS hidup kita:
 #1:  beribadah kepada ALLAH (QS 2: 30)
.#2: menjadi khalifah di muka bumi. (QS 51: 56)

JADI, apa kena-mengena dengan ACCIDENT?

Hmm, abah pernah cakap kat saya, orang zaman sekarang ramai yang mati hanya kerana dua sebab:

PENYAKIT atau KEMALANGAN.

dan...

kita takkan tahu kita mati sebab apa kan?

Jadi, saya cuma terfikir kata-kata kawan saya:

Matilah dalam keadaan terbaik 
kerana 
HIDUP itu 2 KALI, 
mati cuma SEKALI.

Dan mati syahid itu yang kita semua impikan sebenarnya. Cita-cita kita; mendiam di Jannah dan melihat wajah-Nya. Untuk hidup kita yang kali kedua. Jadi, untuk hidup yang kali pertama ni, kita mesti bekerja seolah hidup untuk selamanya, dan beramal seolah esok sudah tiada, kan?

Semuanya untuk Allah.

Moga kita akan mati dalam keadaan yang sebaik-baiknya (dalam iman, dalam iman, dalam iman) dan moga hidup kita adalah penyaksian yang sebaik-baiknya untuk kita di hadapan Tuhan nanti dan diterima-Nya serta dibalas-Nya  dengan balasan kebaikan, balasan syurga mudah-mudahan.


Amin.

P.S: Sangat berat rasanya menukil entri kali ini. Teringat ayat kedua surah as-saff: "Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya". Saya cuba untuk mengingatkan diri kita semua. Sama-sama ttingkatkan diri ok? Moga semuanya yg terbaik dalam hitungan-Nya.

P.S: Ust Anuar dengan catatanya tentang kemalangan itu di sini.

[aslimtaslam]

Saturday, May 7, 2011

haiku: cubalah senyum

Bismillahirrahamnirrahim


haiku: Cubalah Senyum

Cubalah senyum
hidup lebih ceria
tak sedih lagi

Bersangka baik
hidup kan beerti
damai semua

Belum waktunya
sabar sedikit lagi
pasti bermakna

raehan intisor
070511
setelah offline tiba-tiba
[^_^] "terimakasih jaga saya" (monolog dalaman)

aslimtaslam.

jaga diri

bismillahirrahmanirrahim.

kita hanya boleh bersangka baik kan?

especially when things turn out not as expected.

jaga diri.


Friday, May 6, 2011

kasih ibu

bismillahirrahmanirrahim

Kasih anak sepanjang galah
kasih ibu sepanjang jalan kehidupan

Mama, uhibbuki! =)

Tuesday, May 3, 2011

Sasterawan Negara ke-11

Bismillahirrahamnirrahim.

Tahniah Dr. Ahmad Kamal atau lebih dikenali sebagai Kemala, kerana dinobatkan sebagai Sasterawan Negara Ke-11. Berita di sini.



Apa yang saya perasan, jarak antara pemilihan ASN ke-10 dan ke-11 tak begitu jauh kan?

Majulah SASTERA untuk ummah dan negara!
 ^_^

Kejap, sasterawan negara mesti daripada kalangan lelaki ke?

Sebenarnya penulis lelaki memang lebih prolifik berbanding penulis perempuan yang macam bintang bersinar kemudian hilang kerdipnya. It has been mentioned once in Tunas Cipta by Rahimidin Zahari.

Moga kita, yeah, KITA, istiqamah menulis untuk menyuburkan kebaikan. Insya-Allah.

Aslimtaslam.

Monday, May 2, 2011

haiku: tewas


Bismillahirrahmanirrahim


haiku: TEWAS

kau ditewaskan
kesekian kalinya
tetap tersenyum

kau ditewaskan
menafsir erti reda
bangkit semula

kau ditewaskan
bukan pengakhiranmu;
baru bermula!

Raehan Intisor
tigameiduaribusebelas
^^


P.s: Setelah sekian lama tak berhaiku. Please note that haiku is a special type of poem. Asal haiku daripada Jepun. Apa yang menarik pada haiku ialah; rangkap pertama mesti ada 5 suku kata, rangkap kedua 7 suku kata, rangkap ketiga 5 suku kata :) Haiku mengajar disiplin.

colourful rooms










bismillahirrahmanirrahim

tema kali ini: BILIK. yeah. ^^

kenapa dgn bilik aku? hang nak cakap pasai pa? dah cantik dahhh lawa dahhh

*HAHAHA*(evil laughs)



baiklah, semua orang ada bilik kan. specifically, at least one person has its own room. whether it is his/her own room or being shared with other person. biasanya bilik manusia ni 2 in 1. (yelah, rakyat jelata macam hamba ni...) maksudnya, dia tidoq dalam tu, belajaq/buat kerja pun dalam tuh, solat dalam tuh (for muslim)

tahu tak, people can actually learn about ourseleves just by taking a quick glance to our room.

"bior betui!"

betul! bilik kita mencerminkan peribadi kita. cuba tengok 7 gambar bilik yang superb kat atas tuh, semua  neat&tidy jer kan? bersih. teratur. munazzom =D

bersihkemasteratur bilik kita, bersihkemasteratur jugalah peribadi kita.

O kemas katil everyday
O make sure your work/study desk is tidy everyday
O sweep@vacuum at least once a week
O lap tingkap at least once a month
O make sure your clothes are hanged in the closet or somewhere preferable
O buang sampah yang ada dalam tong sampah bilik tu paling kurang sekali seminggu

^^ just some guidance. muhasabah untuk saya gak. yelah kan, kalau balik DQ, my sisters use my room for everything. kenalah ingat2kan deme gak to make sure everything is ok.

bilik saya? Boleh tahannnn

bilik anda? BILIK ANDA? :D

aslimTASLAM

P.s: Hope this post will remind us about our attitude. Btw, bilik warna   merah  yang kat atas tuh cantik kan? ;D no, green is better~

Sunday, May 1, 2011

Jangan malas-malas

Bismillahirrahmanirrahim.

Ten ten ten ten. Oh, kedengaran hon lori surat khabar lama.

Wushh!~

Eh, kat mana ni? Guess what, in front of pc lah!

=.=' apakah?

Waahhhh, last time, I was so busy with my activities; tasmi' tambahan lah, kem b.arab lah (jadi fasi! like like), KLIBF 2011 XD and now? HOLIDAYS. till 22nd of may.

Gee, what can I say? holidays adalah fatrah yang sangat MENCABAR! T_T menangis menangis. huhu.

Saya kena jaga Qur'an. Makin lama hidup kat DQ, makin banyak hafal (insyaALLAH), and when the MORE it will be, the tougher it would be for me.

DULU kan, saya rajin sangat BLOGGING. Rajin jiddan! Hehe. List of my blogs:

1. Syahidah Balqis
2. Ana Mumtazah
3. Qausu-quzah
4. Qausuquzah
5. Diari Muhasabah
6. Raehan Intisor

Dari form 2 sampai laaa ni. ^^ saya blogger tegar!

Tapi, skrg, sejak keluar sekolah ni, makin MALAS. Huhu. Kenapa ye?

Writer's block? Huhu, dahsyatnya.

Lepas ni saya nak jadi rajin! Haaa, AZAM bukan setakat di hati tapi perbuatan jugak tau!

^^ baru insaf, tersedar. alhamdulillah.

Moga aktiviti blogging ni ada saham pahala untukku di akhirat kelak. Kena murnikannya... =)

Aslimtaslam.