Wednesday, May 18, 2011

mati hanya sekali

Bismillahirrahmanirrahim

hmm, accident. kemalangan.

rasa mcm lately ni tengok cerita indon banyak sangat selitkan accident pada watak penting. =(

ok, mungkin orang ramai kata: alaa, klise lah macam ni... amende la, takde konflik lain ke? blablabla

tapi bila fikir balik...

dan tengok balik...

ramai je kan zaman ni orang mati sebab accident. dan takkan nak salahkan teknologi pulak kan? point to ponder

biar saya share. Hmm,  dalam cerita KETIKA CINTA BERTASBIH, ibu khairul azzam mati digilis lori (mungkin, sbb mereka bertembung lori dalam kemalangan itu). dalam filem DALAM MIHRAB CINTA, cikgu sylvi mati setelah kemalangan kereta merempuh pondok. Hmm. Lepas tu, dalam file PEREMPUAN BERKALUNG SORBAN, suami tercinta anissa mati setelah mati dilanggar lari kereta jeep.

memang itu cerita rekaan semata-mata tapi tak mustahil kan?

dan, sesungguhnya, orang yang pernah terlibat dalam accident tapi dia belum ditakdirkan mati, maka dia kena SANGAT-SANGAT-SANGAT bersyukur dan tajdid HAYAH dia.

Sebab apa? Mesti ada sebab kenapa Allah panjangkan umur kita kan?

Kan kan kan?

Sebab saya pun pernah terlibat dalam kemalangan.

Waktu tu saya masih tingkatan empat. Umur 15+ tahun. Entahlah pagi tu. Macam biasa saja.

Naik bas dengan 2 orang adik saya. Tapi memang ada perasan yang pagi tu pakcik bas bawa bas laju sedikit daripada biasa. Tapi oleh kerana belum ada apa-apa yang pelik, jadi saya buatlah rutin saya macam biasa: Membaca (ulangkaji apa yang patut.) Hari tu saya ingat lagi, di tangan saya ada buku sejarah dan nota2 dan yang paling penting al-QUR'AN.

Hari tu rasa mengantuk sangat jadi lepas beberapa minit baca buku sejarah, saya tutup buku dan cuba melelapkan mata.  Yup , saya cuba. Sebab lagu di radio sangat bising. Entah lagu apa entah masa tu. Bukan radio IKIM.fm la yang penting. OK, masa tu memang bas sedang turun pada jalan yg berbukit sedikit. Tapi masa tu rasa mcm laju sangat (tak lelap betul masa tu). Risau juga. Tapi cuba juga nak tidur.

Dan tiba2 satu bas tersentak. Macam terlompat, kemudian tergolek dan terbaring. Dalam masa beberapa kelip mata, bas sudah tersadai di kawasan berumput di tepi jalan utama. BERUMPUT, alhamdulillah, bukan gaung. dan bas tergolek. jadi dah tak tegak lah bas tu. Sebenarnya bas terlanggar penghadang jalan dan sebuah kereta storm (Tapi bahagian belakang kereta sahaja).

Yep, inilah bas itu.

Alhamdulillah selamat. Ya Allah. Rasa masa tu nak keluar dari bas cepat2. Sambil tu semua orang dengan muka panik, kepala bingung (sebab terhentak).... Termasuklah saya. Ya, masa dalam bas tu agak panik. Pintu bas tak boleh dibuka. pintu kecemasan pun. Jadi ada manusia yang baik hati memecahkan cermin depan bas. Semua keluar lalu situ.

Alhamdulillah semua selamat. Tak ada yang parah. Ramai yang terkoyak tisu dan otot, termasuk saya, tapi itu kecederaan ringan. Paling teruk, ada adik yang luka di muka akibat cermin. Hmm, paling tak boleh lupa, semua orang macam nak menangis dan memang ada yang menangis. Risau, adik2 sekolah rendah masa tu ramai.

Apa-apa pun, point penting, Allah selamatkan kami. Alhamdulillah.

Ada satu masa, saya terfikir, Allah boleh je nak buat bas kami tergolek atas jalan raya, lepas tu ada kereta lain langgar and whatsoever. Tapi Allah selamatkan kami. Alhamdulillah.

Dan, mesti ada sebab kan kenapa hayat kami dipanjangkan.

Mesti ada.

Hidup mesti betul-betul untuk Allah. Kena berikan yang terbaik untuk ummah, untuk semua.

Hidup ada sebab. There's no life without reason.


REASONS hidup kita:
 #1:  beribadah kepada ALLAH (QS 2: 30)
.#2: menjadi khalifah di muka bumi. (QS 51: 56)

JADI, apa kena-mengena dengan ACCIDENT?

Hmm, abah pernah cakap kat saya, orang zaman sekarang ramai yang mati hanya kerana dua sebab:

PENYAKIT atau KEMALANGAN.

dan...

kita takkan tahu kita mati sebab apa kan?

Jadi, saya cuma terfikir kata-kata kawan saya:

Matilah dalam keadaan terbaik 
kerana 
HIDUP itu 2 KALI, 
mati cuma SEKALI.

Dan mati syahid itu yang kita semua impikan sebenarnya. Cita-cita kita; mendiam di Jannah dan melihat wajah-Nya. Untuk hidup kita yang kali kedua. Jadi, untuk hidup yang kali pertama ni, kita mesti bekerja seolah hidup untuk selamanya, dan beramal seolah esok sudah tiada, kan?

Semuanya untuk Allah.

Moga kita akan mati dalam keadaan yang sebaik-baiknya (dalam iman, dalam iman, dalam iman) dan moga hidup kita adalah penyaksian yang sebaik-baiknya untuk kita di hadapan Tuhan nanti dan diterima-Nya serta dibalas-Nya  dengan balasan kebaikan, balasan syurga mudah-mudahan.


Amin.

P.S: Sangat berat rasanya menukil entri kali ini. Teringat ayat kedua surah as-saff: "Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya". Saya cuba untuk mengingatkan diri kita semua. Sama-sama ttingkatkan diri ok? Moga semuanya yg terbaik dalam hitungan-Nya.

P.S: Ust Anuar dengan catatanya tentang kemalangan itu di sini.

[aslimtaslam]

0 comments:

Post a Comment