Wednesday, March 23, 2011

Kupu-kupu & Kelip-kelip [Antologi]

Kupu-kupu dan Kelip-kelip


kupu-kupu
putih bersih nan suci
terbang bebas
di siang hari
bertemankan matahari
yang terang menyinari
kadang bertemu pelangi
penuh warna-warni
ramai mencemburui
tapi riang menjebak hati
kelihatan indah
sang kupu-kupu
terbang tinggi


kelip-kelip
mampir merapat dekat
pada kupu-kupu yang diam
biar berlainan rupa
kedua-duanya sama
hidup di atas bumi Ilahi
sama-sama terbang
mengepakkan sayap
meredah alam ciptaan Tuhan
merentasi saujana
yang luas terbentang


kupu-kupu dan kelip-kelip
secerah mentari memancarkan sinar
seindah bulan membalikkan cahaya
biar berbeza warna
kedua-duanya serupa
menjejak tenang
menyusur damai
mengajak manusia
agar bisa membuka mata
kala manusia
tidak bisa bangkit
kerana
mata hati yang terkatup
sekian lama


'Izzati AR dan Raehan QA
12.05 AM
131107





Kelip-kelip I

kelip-kelip

beritahu dia
saya suka malam
sebab bila malam
ada kelip-kelip
kelip-kelip bercahaya
minta saya buka mata


kelip-kelip
beritahu dia
saya suka malam
sebab bila malam
semua sunyi
tiada yang berbunyi
mengajak saya
muhasabah diri


kelip-kelip
beritahu dia juga
saya suka malam
sebab bila malam
saya bisa diam
lena dalam kamar kelam


kelip-kelip
beritahu dia ya
saya suka malam
sebab bila malam
ada bisikan merdu
minta saya bangun malam
dirikan tahajud
rasa diri dekat
dengan Tuhan
air mata
terus tumpah berjuraian


kelip-kelip
saya nampak awak
hanya bila malam
pagi kita tak bisa ketemu

kelip-kelip
saya tahu
nanti mesti saya rindu awak


kelip-kelip
esok jumpa lagi ya!


Raehan Q.A
9.14 AM




Kelip-kelip II


kelip-kelip
beritahu dia
saya sahabatnya
dia sahabat saya
walau dugaan merempuh sehabat apa
walau hujan turun tiada hentinya


kelip-kelip
beritahu dia
saya sayangkan dia
tapi usah katakan
saya selalu du'akan dia
saya selalu harap
hanya pinta
rahmah Allah sentiasa mengiringinya
dan buat dia bahagia senantiasa


kelip-kelip
beritahu dia
sudah lama kita tak bersua
namun saya tetap
ingat akan dia
walau jauh saujana
menjarakkan pandangan mata
namun bukan pandangan rasa
sukma nan membelai rindu
hanya Allah yang Maha Tahu


kelip-kelip
sahabat saya baik
buat saya tersenyum
buat saya tertawa sendirian
sahabat saya baik
buat saya menangis
buat saya terfikir
baik buruknya saya
buat saya terfikir
siapa saya
buat saya fikir
dan ingat
pada Dia yang Maha Kuasa
dia sahabat yang sangat mulia
di hati saya


kelip-kelip
beritahu dia
beritahu dia
dan beritahulah padanya
saya sayangkan dia
kerana Sang Maha Pencipta
atas apa jua yang merintang
atau segala yang bukan pastinya menghalang
saya sayang dia
saya sayang dia
saya sayang dia
biarlah hanya du'a
mejadi utusan kasih saya
buatnya
sentiasa...


hanya buat kalian
seorang yang mejadi firashah
seorang yang menjadi qausuquzah
seorang yang mejadi wardah
seorang yang menjadi saif
juga buat sang kelip-kelip
yang megar dalam qalbu ini
selalu
saban waktu.

Raehan Q.A
12.51 AM
161107

0 comments:

Post a Comment